PERALATAN YANG DIGUNAKAN
1) PLAYAR
2) TUKUL
3) SKRU DRIVER
4) IMPACT
5) HYDRAULIC JACK
6) SOCKET BOX 21MM/19MM
7) LINING BREK
8) SPRAY CLEANER
Cara-cara menukar brek lining
- 1) Sebelum melakukan kerja menukar lining brek
kereta, pastikan enjin kenderaan di matikan.
- 2) Kemudian ambil jek dan jek di bawah belakang
kenderaan. Jek mestilah kena pada tempat yang keras bagi mengelakkn kemalangan
- 3) Selepas kereta di jek, buka tayar di belakang
kenderaan dan letakkan tayar di bahagian bawah kenderaan
- 4) Selepas tayar dibuka, buka skru yang berada di
bahagian cover drum.
s
2
- 5)Selepas skru drum dibuka, ketuk cover drum
perlahan supaya mudah ditanggalkan.
- 6) Selepas itu, tanggalkan cover drum dan letakkan
di tempat yang selamat.
- 7) Kemudian buka spring yang berada di bahagian
lining brek,
- 8) Selepas spring di buka, tanggalkan brek lining
daripada brek pump.
- 9) Kemudian periksa brek pump. Jika brek pump
bocor, gantikan dengan pump yang baru.
- 10) Sebelum brek lining di pasang, bersihkan
kotoran habuk di bahagian lining dan brek pump.
- 11) Selepas kotoran habuk dicuci, ambil brek lining
yang baru dan pasangkn semula lining.
- 12) Masukkan semula spring pada brek lining bagi
mengelakkan brek lining tertanggal. Selepas brek lining di pasang, cuci kotoran
habuk di bahagian cover drum.
- 13) Selepas itu , ambil cover drum dan pasangkan
semula cover drum
- 14) Ikat semula cover drum dan periksa semua
bahagia skru.pastikan semua skru di ikat dengan ketat.
- 15) Selepas semua sudah di periksa , ambil tayar
dan pasangkan di kenderaan
- 16) Turunkan semula jek dan letakkan jek di tempat
yang selamat
- 17) Kemudian susun peralatan yang digunakan dan
hidupkan enjin kenderaan bagi menguji kecengkaman brek.